Sesungguhnya orang yang membawa berita yang amat dusta itu daripada kalangan kamu juga. Janganlah kamu menyangka(berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman yag sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya antara meraka akan beroleh seksa yang besar(di dunia dan akhirat).
Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman- lelaki dan perempuan menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri dan berkata, "inilah tuduhan dusta yang nyata. Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa 4 orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak membawa 4 saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang yang berdusta." (Surah an-Nur 24:11-13)